when u come to my blog,just smile smile like this

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Best day ever

Assalamualaikum ~


Hari ni best sangat ada reunion and buat gathering sikit2 kat rumah siti aishah . Happy jumpa diorang . Lama tak jumpa la katekan .


Tapi kesian kat kawan azie nina, dia kena ragut . kena ragut handphones dah la baru beli . I'am so symphaty with her . So girl2 di luar sana :


  • Berhati-hati bila bawak beg, kalau boleh jangan bawak beg .
  • Jgn nak show off sangat barang2 yang berharga kat semua orang .
  • Belajar silat or taekwando hehe
  • Then ambil langkah berjaga-jaga bila sensorang


Semoga yang ragut tu dapat balasan daripada Allah . sesuka je ragut orangg aishh sick kick kang baru tau . *haiyakkkkk* amek kau tendangan maut .
To nina , bersabar jela eh . tak ada rezeki la tu .


And last some picture here :















kalau nak tengok lagi gambar kat sini 

Forever and ever 



So that's all ~ i have fun with them i love you guyss 
Sweet memories and best day ever until jannah aminn.
  



Aish jangan cakap susah



Assalamualaikum .






Hari ni penat sebab straight belajar addmath 3jam tajuk differentiation . Tapi apa pun best walaupun pening kepala .
#angguk2geleng2 macam lagu tu . hehe



Walaupun cikgu Shakib laju macam kereta api tapi boleh kejar dia sampai ke gunung-ganang sekali pun . hehe




Telatah cikgu shakib sangat kelakar memnbuatkan aku interest untuk aku belaja addmath . Sebelum ni memang tak berapa minat . tetttttttt ~ da diam tak perlu kata apa2 senyum (^_^) 
Dia ajar semangat kot dengan suara yang kuat dengan penuh gayanya . 




Haa tu la melambangkan cikgu sejati . HAHA tak ada la gurau :) tapi memang punn




Aku ingat nasihat cikgu tadi yang dia said "Dalam addmath ni kita tak boleh cakap susah , nanti susahlah jawabnya , tapi kalau kata senang mind kita set senang sampai bila2."




Memang betul cakap cikgu . Wahh dia da la romantik dengan wife dia , selalu dia cerita pasal wife dia . Aww so sweet semoga bahagia ye cikgu . Lalalalalala




And then macam azie cakap tadi dia suka cakap laju-laju macam kejar apa ntah . lajuuu jeee memanjang tapi kalau semua buat muka blur dia slow2 sikit . lepas tu kalau dorang tak bagi respon or muka blur dia cakap KANNN dengan muka dia yangg . . . grrrr~
Dia suka buat mimik muka, macam2 ada haha ni paling kelakar .



Tapi tadi azie ramai jumpa kawan2 lama2 rindu pulak kat diorang ~ nak tegur tak berkesempatan . Insyaallah bebila jumpa lagi kita tegur :)




So nasihat terakhir saya apapun dalam dunia ni kalau kita set kat mind kita SUSAH , memang SUSAHHH la ia . Tukar mind set kita ke arah yang positif .


Semoga kita dipermudahkan segalanya aminn :)



Yang di tunggu-tunggukan

Assalamualaikum and hye .
Huh nak btauu penat la tadi tunggu giliran lama sangat kot . Act azie teman mak azie pergi berubat kat Perubatan Islam Al-hidayah . 

Sebab ada temujanji kan , so teman kan je la . Memang naik gila aku tunggu tapi DEMI mak aku sanggup heee , anak baik kan cam ni la . HAHA jelous ? ada aku kesah ? =='


gambar pertunangan ashraf muslim


Tengok tu sweet je dorang :)

Dulu rumah Hj Lokman ni kat Bukit Antarabangsa je , dulu selalu pegi sampai dorang naik bosan asyik muka sama je. Eh okay tipuu je . tapi sekarang jarang sebab da pindah . tapi sekali sekala pergi jugak teman mak .

Lepas tu time giliran mak azie tu haha tetiba berdebar semacam macam jumpa hantu je dia ni, haha and then orang yang jaga tempat daftar tu kata ashraf muslim yang berubat mak . So nervous sikit . HAHA ntah pape ntah dia ni tu pun nak nervous tampo kang .

Then nampak kelibat dia terus senyum sampai ke telinga haha tipu je :D
time dia nak berubat mak azie tu , aww suka tengok dia dengan cara dia comel belaka .

Ada sekali tu dia buat lawak then terus senyum pandang azie :)
sumpa comel gila .

Ingat nak ambik gambar dia tapi malu la takut kacau dia tengah berubat . So tengok muka pun da cukup la dah la duduk menghadap depan2 . pergh memang tak segan la .

Dari dulu nak jumpa dia , so tadi da dapat jumpa happy la jugak .
As u all know dia putih hensem pulak tu JEJAKA MELAYU la katakan . HAHA eh dia da ada isteri la jangan duk gatal2 eh . pangg sat g baru tau :D hihi

tak puas ah jumpa dia tadi .
BUT happy da dapat jumpa depan2 . kau ada ? takda kan .

BUT tadi tak sangka dia boleh buat lawak cam tu,
haha memang lawak laa .
balik dari rumah tadi asyik duk teringat je .
aigooo berapa banyak BUT la dia ni .
HAHA




K la thnks for reading . bye2 ilove you so much muchh . hehe
Assalamualaikum n take care yourself .

Sukaa

Hye assalamualaikum .
Image Detail

da malam bebuta cam ni tak tidur lagi . aishh apa nak jadi laa . relaks night is still young . HAHA
 k hari ni terjumpa blog yang sangat menarik dengan info2 yang sangat bermanfaat terutama golongan belia iaitu remaja . Semua ada pasal remaja-remaja sekarang haa klik sini . Pasal cinta pun ada .



Image Detail



Jangan segan2 klik je untuk maklumat lanjut . Kita semua perlu berubah dari masa ke semasa agar terus jadi lebih baik :) okat itu saja. 
K la bye nak tidur ni sok ada tuition .
Goodnight n Assalamualaikum.

Wooott wooott (:

Main bowling bersama budak-budak tuition Ilmu Studio . haha memang tak dinafikan memang best cause aku dah lama tak main .
Cm gini la gaya ye *jakon.tahap.tak.normal hehe

So dapat jumpa membe lama sekali . Aww so happy . sebab da lama tak jumpa diorang ni , memang rindu gila ahh . Especially syaza liyana . hehe akhirnya dapat jumpa dia jugak .

Di kesempatan itu jugak nak ucapkan terima kasih to sir ven . Sebab bawak kitaorang hehe .
tengok je la gambar yang tercapture sendiri haha .

with sir ven finally dapat jgk bergambar

ha jumpa lagi my bestfriends ni


i love you mira

just ignore my face. hee :D




makan A&W syaza punya pasal teringin air float ni

senyum tak perlu kata apa2

rindu kau terlepas jugak. hehe best kuar ngn kau :)

i miss you forever friends
So thats all today . Apapun thnks to syaza liyanafaieza, and mira sebab sudi keluar ngn aku . puas dapat keluar dengan korang memang happening giler . cehhwahh ayat jiwang terus meresap ke hati . 
btaw sory lambat update korg . hehe Kbyee . Assalamualaikum

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia .




Alhamdulillah hari happy because da lulus da undang2 komputer . sukanya tengok tu dapat berapa ~ huh . alhamdulillah :)

Then lepas ni masuk bengkel untuk amali then dapat lesen L . wooahhhh ~ bestnya

Program bersama cikgu tersayang Sir Ven

Assalamualaikum , hye hye .


Okay semalam jalan-jalan pergi tuition . ehh mana ada jalan2 pergi belajar la memandai je dia ni . hee :D then lepas kelas bi pergi tengok wayang cerita ombak rindu dalam pukul 11.30 kat mana lagi kat wangsa walk ahh ~ wahh best . lisa surihani pon datang sekali . pergh berebut2 nak jumpa dia . aku kena tolak2 sian aku kot . haha


Sebelum nak masuk wayang tu , kena tunggu kak lisa kita ni dulu . wayang tu start pukul 1 lebih cam tu . Bila da datang diorang menjerit satu KL ni . haha . sakit telinga di buatnya . haishh diorang ni aku lempang karang . haha joking je la awak . jangan marah2 . hehe . Perghh comel kot kak lisa surihani . dia pakai baju simple mimple je tapi tetap lawa :)


semua ni di atas usaha cikgu yang baik lagi bestt iaitu Sir Ven yang bawak kiteorang tengok wayang . ramai kot dalam 400 lebih cam tu la . amboi excited bebonar diorang ni . eh kau pon sama cakap orang pulak . hehe


 naseb baikk kakak sorang ni tolong azie dia yang mintak kan sign kat dompet azie . sebab orang ramai sangat duk tertolak2 diaorang ni . ni dia comel tak ? serius tandatangan dia comel . suka sangat <3




hehh suka tgk sign diaa . thnks to lein :)









atas tu video . oleh disebabkan ramai orang, kitaorang jumpa kat wayang je dia akan pergi sana . time dia nak pergi tu semua menjerit . haha takdapat begambar dengan dia sebab tu diorang jerit . ntah pape ntah diorang ni . haha :D
body guard tu tunjuk macho pulak aishh ~ geram je 


lepas tu dia pergi kat wayang sebab ramai sangat ~ dia bagi ucapan2 sikit dia kata kalau tgk cerita ni konfem cair dengan abang aaron aziz . haha yeke ? then bermula la cerita ombak rindu ni . tengok cite tu dengan penuh semangat . haha
sedih kot cerita dia , konfem kat wayang situ ada orang menangis toksah menipu le . haha .
sampai tisu tak cukup haha . saja menokok tambah cerita . haha bukan selalu . tapi memang best cerita dia .


kalau nak tengok lebih2 boleh tengok sini 

So lastly to Sir Ven thnks you so much for this programme . i really enjoy it <3
Thnkss again .
Dah tak da cita da jangan nak melebih2 eh . hee :D Thnks for reading :)

Addmath Addmath Addmath datang lagi


Harini datang kelas addmath kat ilmu stdudio , masuk hari ni lebih kurang seminggu azie tuition kat Ilmu Studio. Kelas bahasa inggeris tadi tak datang malas . HAHA bangun lambat bangun lambat . so buat muka selamba . hehe

Alhamdulillah so far selesa and best la jugak tuition kat situ . Dapat jumpa membe2 lama yang dulu sekolah rendah sesama . rindu mereka <3

tapi ada setangah yang sombong ada setengah yang tak . yela lantak kau la nak sombong ke tak . ada aku kesahh . azie memang tak suka orang sombong . If kalau nak berkawan biar ikhlas tak payah nak buat2 terpaksa eh . dont like that if you wanna be my friends okay .
azie sayang semua kawan-kawan azie <3

Image Detail



Hm ok berbalik pada titik nokhtah tu ehhh tak laa mengarut je dia ni , haa berbalik pada entry kita kali ni .
Pagi tadi datang penuh semangat kot nak pegi class addmath . memang semangat tak tau kenapa .

Then siap2 pastu sampai . Diorang punya kelas B.I tak habis lagi so tak boleh masuk . 
So tunggu punya tunggu da habis apalagi terjah itu class nak rebut duduk depan la . If duduk belakang azie tak berapa nak faham then tak nampak sangat sir tulis apa kat depan . 

Duduk depan ada baiknya boleh focus n concentrate . Hari ni belajar tajuk log , LOGARITHMS . tak tau ? ha sesiapa yang belajar addmath tu tau la . seronok sangat dengan cara sir ven ajar . ada satu part tu siap ada lurus bendul , lurus gila and lurus celaka . haha
and formula dia pun best hati gembira and celaka . memang faham la . masuk terus sampai ke otak hingga ke nafsu . haha ~ bak kata sir ven :)

Sir ven memang kelakar , suka dengan cara dia . Dia memang baik . sape2 yang tak berapa nak minat math ke addmath nanti terus jadi minat minat minat kalau sir ajar . Cara dia memang terbaik dari ladang and kebunn . haha kebunn pun boleh .


suka gambar ni cantik background dia belon2 tu

p/s : tak sabar nak tunggu esok lepas tuition pergi tengok wayangg . tau tak tengok cerita apa ? OMBAK RINDUU . wahhh :) excited ni . meh tengok2 sikit . copy and paste je punn .



Sinopsis Filem Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?



So nantikan je la esok . nak tengokk tak sabauu .
kla bye . sampai sini je la .
Take Care ^.^

Meet My Bestfriends

Semalam azie pergi tuition kat ilmu studio sebab ada kelas percumaa . woott woott ~ best sape nak join boleh la pergi kat setiawangsa .

Then , da habis kelas apa semua . Tinkk2 ! I have one idea . So awesome , nak jumpa bestfrieds saya . so hajat saya tergapai akhirnyaaa .


Kitaorang nak pergi jejalan tpi masa mencemburui kami . So sempat pergi Jusco Au2 je la . haha . apepon best jejalan dengan miraa saya ni ^^
happy forever with si dia

haha part ni lawak gila . kitaorang amek gambar kat fitting room . kitaorang saja amek baju kat situ buat2 nak beli tapi hampehh tak beli pon . duit tak mencukupi . hihi



so amek gambar je laa dalam ni , lama la jugakk . hehe .takda keje cari keje , cm ni la jadinya =.='


love this picture masa keluar dulu <3
Anyway kita 4S ~ Sahabat,Sekawan,Sehidup,Semati ~
Hehe moto kami . awww so sweet . hihi
Love you sayang <3

Ingat la wahai sahabat yang ku kasihi :) Bunga itu menguntum indah, menyeri dan mekar memerah, Dipuji dengan berbagai-bagai madah. Esoknya bunga itu gugur ke tanah, serpih demi serpih ia punah, tanpa daun dan kelopaknya musnah. Wahai sahabatku… Engkau bukan layu seperti bunga, dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya, lambang bunga lambang sementara cuma, Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya. Insyaallah kalau Allah izinkan.

Cehwahh ~ HAHA
K wassalam take care ye . have fun cuti sekolah ni :)

Frust tahap gaban laa




 Tadi pergi test berkomputer kat danau kota . azie punya la berdebar2 n banyak berdoa dalam hati . ntah apa yang mulut aku terkebil2 dari tadi . haha . lame la jugak tunggu giliran . datang pukul 9, tpi pukul 11 lbeh bru dapat . tuptup nama da dipanggil . so buat laa dengan penuh yakin ye . 

 

last2 memang frust sangat tengok keputusan . asyik termenung je . sedih geram semua ada . takpe laa dah tak ada rezeki . lagi satu je nak lulus, dapat 41/50 . kalau nak lulus kene 42 ke atas . memang sedih la cuba bayangkan kalau satu lagi markah je nak lulus ? ape perasaan korg ?
memang rase nak nanges apa semua T.T memang asyik teringat je benda tu . aishh ~
Ya Allah tolongg la kau saja yang tau perasaan ini .



then call my mum , "makk , gagal laa" *dgn hati cekewaa . my mum said "yeke ? ala lagi satu je . takpe la . takda rezeki letuww . sok insyaallah lulus punyaa ." Aku balas balik "Aminnn."
orang kate doa seorang ibu makbul dan mulutnya masinn . hihi .
thnks mak <3



insyaallah kalau ade rezeki lulus punya . doakan azie lulus ye . aminn
takpe la maybe ada hikmah semua tuh . setiap yang berlaku pasti ada hikmah dia .
cume kita taktau kita mampu merancang je Allah yang tentukan . kita redha je n please dont never2 give up teruskan usaha selagi mampu .


Insyaallah kejayaan akan mengiringi kita, dont worry be happy ^^