when u come to my blog,just smile smile like this

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

SAYANG, MAAFKAN SUAMIMU SAYANG..

 

Aku dah kahwin sekarang. Bini aku memang baik sangat2. Tapi dia tak seperti yang aku expect masa kami belum kahwin dulu. Masa belum kahwin, aku tengok dia memang seorang yang pendiam je, jarang gile cakap dengan laki. Member2 memang puji la cara dia. So memang susah jugak aku nak cuba tegur dia masa tu. Segan dowh. Memang obvious lah kalau aku tegur. Tapi aku suka dia macam tu, so takde la cemburu sangat sebab dia jarang borak2 dengan laki..

Cantik? Memang la, kalau tak aku comfirm tak sangkut punye haha. Cantik pada mata aku la. Member2 pun ada yang cuba usha. Sori le dia tak nak layan haha. Memang market. Last2 aku yang dapat, memang rasa bangga giler hehe.

Eh, dok ngumpat2 pasal dia, lupa pulak nak kasi tau nama. Nama panggilan dia Ara. Nama betul dirahsiakan. Hoho.

Aku usha cara yang leklok la, gi jumpa bapak dia dulu. Gentlemen beb! Slow talk dengan bapak dia. Err, bapak dia nama Marzuki. Bapak dia ni jenis sound direct rupanya. Pergh, memang kena kutuk kaw2 la gua. Sebabnya, bila dia tanya kenal tak anak dia? Gua cakap tak sangat. Bapak dia tanya lagi, kenapa nak kahwin dengan anak dia? Gua cakap sebab minat. Minat sebab apa? Gua cakap tak tau. Habis kalau tak dapat anak dia? Gua cakap nak jugak! Bapak dia sound la, "Kau ni, macam mana kau nak kahwin dengan orang yang kau tak kenal? Gua jawab, lepas kahwin la saya kenal dia pakcik sambil sengih2. Orang kata bercinta lepas kahwin baru sweet tak gitu pakcik? Pastu bapak dia diam.

Masa tu rasa down gile. Bapak dia macam tolak mentah-mentah je proposal aku. Ke dia saja nak uji kehebatan cinta aku? Huhu. Time tu aku dah terpikir nak usha calon lain je. Aku memang ade lagi sorang yang aku suka. Haa yang ni gua memang kamceng giler. Yang ni pulak nama dia Ika. Gua memang selasi lah dengan minah ni hihi. Tapi last2 orang lain jugak yang gua pinang.

Hari keputusan proposal aku akhirnya tiba. Keputusannya.. jeng3.. tak seperti yang aku jangka. Haha. Aku ingat kena reject, satgi family diorang terima. Wahh happy giler. Alhamdulillah. So, memang sah la takde jodoh aku ngan Ika. Time aku bagitau Ika aku nak kahwin, dia accept je. Kejam gile aku. Dia kata semoga aku bahagia. Lepas tu kami dah tak jumpa.

Lepas akad nikah, kompemlah aku sebagai lelaki Ara. Happynye aku Tuhan je tau. Kat rumah, dia macam biasa, cool je. Tapi cool semacam la pulak. Sepatah aku tanya, setengah patah dia jawab. Kalau aku tak buka mulut, memang tak berbunyilah rumah kteorang.

Ara taklah 'bisu' sangat. Kadang2 dia bersuara jugak. Tapi bagi aku yang jenis suka cakap banyak ni, Ara bukan jenis yang boleh bawak borak sangat. Bila aku cakap pasal something, dia macam blur. Macam tak supportive sangat. Last2 aku dah malas nak borak. OH boringnye. Yang dia tahu cuma tunjuk baris gigi dia je. Sengih. Macam yang aku buat kat bapak dia dulu. Psycho seyh.

Nak jadi lagi tension, aku ni jenis perokok sederhana tegar jugak la. Tapi bini aku pulak memang macam fobia giler dengan asap rokok. Bau nafas aku yg bersisa rokok pon, dia mesti batuk. Tak bau rokok pun dia dah selalu batuk. Uhuk3 gitu. Sebab sayang bini, makin lama makin kurang aku merokok. Kalau gian sangat pun aku merokok time kat office je.

Bini aku keje hospital, bahagian ubat-ubatan. Aku pulak tak boleh bau ubat, mesti pening kepala. Hari2 aku yang hantar, ambik dia pergi hospital. Time ambik dia balik, memang hari2 lah baju dia bau ubat dalam kete. So aku akan selalu bukak tingkap, nyaman sikit.

Ada satu hari tu, masa hujan lebat. Tak boleh bukak tingkap kete, aku dah memang pening-pening lalat dah bau ubat. Dengan poor visibility lagi, kami accident! Langgar bontot kete orang depan. Kat hospital, doktor kata bini aku keguguran akibat kemalangan tu. Hah??

Rupanya dia mengandung dua bulan. Ara sendiri pon tak tahu. Ya Allah!!

Lepas kejadian tu aku terus suruh Ara berhenti keje. Duduk rumah je. Aku dah korbankan rokok aku, so dia kena korbankan keje dia. Aku dah tak tahan bau ubat!! Aku sorang keje dah cukup sara hidup kami.

Dekat setahun kami kahwin. Ika tiba2 datang, dia kata masih sayang kat aku, nak aku ambik dia jadi bini no. 2. Dia sanggup.

Alamak ni dah angau betul. Padahal aku baru je kahwin. Mungkin Ika yakin yang kami sangat serasi dan saling memahami, so dia berani propose kat aku. Then aku terus terang je la, aku cakap kat dia, yes aku memang tak kamceng mane dengan bini aku sekarang. And banyak benda yang kami takde persamaan. Ara memang tak banyak bercakap. Kalau aku cube buat lawak, dia macam tak tangkap je. Sedih betul. Tak pandai nak borak. Kalau jumpa member2 aku lagi le dia sunyi sepi. Dah le hari-hari dia suka masak benda yang sama. Jarang la dapat makan yang lain sikit. Kecuali makan dekat luar. Itu pun dia akan order benda sama je. Haha macam tu la bini aku. Lucu pulak.

Tapi kami masih cuba memahami hati budi masing2. Aku cuba biasakan diri dengan bau ubat2 kat baju2 Ara dulu, cuba berhenti merokok waktu awal2 kawin dulu. Ara pulak dah tak keje, dah cuba belajar masak benda2 lain (jarang la menjadi). Aku bagitau Ika, rumah tangga kami bahagia. Aku takleh menduakan dia. Aku memang sayangkan dia. Ika terpaksa terima hakikat tu. Itu mmg last kami jumpa.

Kini, kami dapat rezeki sorang anak, dah besau, dekat 4 tahun la. Alhamdulillah rezeki. Tapi dah pandai mengaji sikit2. Semua berkat kerajinan bini aku. Bab2 agama, mengaji semua dia memang bagus. Anak aku Hafiz, memang dia train elok2 ngaji alQuran. Alhamdulillah, semoga esok2 dia jadi anak yang soleh. Bagi aku itu la investment yang sangat2 menguntungkan!

Tapi sebenarnya dalam tempoh tu, kami tak seperti pasangan yang lain kot. Makin hari aku makin bosan dengan rumah tangga kami. Ara memang suka menyepi, jarang borak panjang2. Aku pulak suka keluar lepak ngan kawan2. Makin lama makin jarang aku duduk rumah. Lewat malam baru balik, bini dah tidur dulu. Esoknya pagi2 aku dah kena pergi keje. Dalam tempoh tu jugak, aku sebenarnya asyik keluar dengan sorang officemate aku. Nama dia Lisa. Budak baru kat office aku. Berbekalkan muka yang agak ade market ni, dia macam sangkut pulak kat aku. So dialah yang selalu aku ajak keluar malam, teman aku borak2, kadang2 sampai pagi.

Aku sedar aku seolah2 mempergunakan dia untuk hiburkan hati aku. Teringin nak kahwin dengan dia, takut kecik hati si Ara pulak. Dengan Lisa la tempat aku luahkan perasaan, kadang2 gaduh, kadang dia tercarut2 siap kat aku. Pastu minta maaf, dia kata tersasul. Tapi aku memang terhibur bila duduk dengan Lisa. Bini aku kat rumah, dengan anak aku jarang sangat aku luangkan masa.

Ara sedar akan perubahan aku dari hari ke hari. Dia mula sedar aku ada perempuan lain. Satu hari dia bagitahu, dia izinkan kalau aku nak kahwin lagi, tapi mesti dengan wanita yang elok2, sebab dia tak mahu pelajaran Hafiz terganggu. Aku pelik, apa kaitan??

Dan aku terfikir, Lisa tu wanita yang elok ke? Pakaian hari2 tengok la macam mana, make up pun kat muka 2 inci macam tak boleh kena air, tak ambik air sembahyang ke? Tak sembahyang ke? Ke cuti sepanjang tahun?!

So aku postpone dulu hajat nak kahwin dengan Lisa. Terfikir lepas kahwin boleh nasihat kot sikit2, tapi time bercinta pun asyik lawan ape aku cakap. Apatah bila dah kahwin kan. So sad!

Ketika perkahwinan aku ngan Ara mencecah 4 tahun dulu, rumahtangga kami ditimpa dugaan yang sangat besar. Ara mula jatuh sakit, batuk dia makin teruk, akhirnya masuk hospital. Dan saat itulah baru aku diberitahu, Ara menghidap penyakit barah tekak. Ya Allah!! :(

Doktor bagitau, Ara dah lama sebenarnya kena barah tu, penyakit yang akan buat dia selalu batuk, dan terpaksa menahan sakit bila bercakap. Aku rasa bagai kena tusuk dengan anak panah yang tumpul bila dengar benda tu!! Patut la Ara jarang sangat bercakap. Kenapa dia tak bagitau aku??

Doktor tu cakap lagi, penyakit tu makin lama makin teruk, dan bagi effect kat jantung. Sebab pernafasan dia selalu kurang dari sepatutnya. So jantung jadi lemah. Itulah yang menyebabkan Ara jatuh sakit. Jantung dia sekarang semakin rosak akibat barah tu.

Jadi macam mana dia boleh ajar anak aku mengaji? Doktor tu bagitau, memang ada ubat untuk diminum sebagai pelincir dalam tekak. Tapi hanya kurangkan rasa sakit, dan ia bertahan kejap je. Tapi Ara tak boleh selalu minum sebab ubat tu sangat mahal.

Aku buntu dan terdiam seribu bahasa...

Masa tulah baru aku terfikir, kami tak pernah bertikam lidah, tak penah gaduh. Mungkin itu hikmah dia. Tapi aku tak sedar selama ni. Aku asyik tinggalkan dia, bergembira dengan perempuan lain. Dia pula sanggup tanggung derita setiap kali perlu menjawab pertanyaan aku. Dan tak pernah luahkan derita kat aku. Dia sanggup tanggung seorang diri.

Jantung Ara dah lemah sangat, doktor kata mungkin Ara tak dapat bertahan lama. Aku menangis depan doktor tu puas2, walaupun doktor tu doktor perempuan. Aku dah tak kisah. Aku menyesal dengan cara aku layan Ara selama ni.

Dia dah bagi aku macam2, jaga makan minum, pakaian aku, ajar anak kami mengaji, memang tak pernah lawan apa aku cakap, apa aku suruh. Dia isteri yang menurut perintah.

Aku suruh dia berhennti keje dulu, dia ikut. Walaupun kat rumah dia tetap baca buku pasal ubat-ubatan. Dia minat sangat dengan keje dia. Maafkan abang Ara.

Bila balik rumah nak mandi kejap, aku sempat tengok balik kenangan2 kami. Aku belek2, tiba-tiba terjumpa kotak hantaran masa kami kahwin dulu. Ada satu kotak jam, jam yang aku pakai sekarang. Aku terkejut bila ada sehelai kertas dalam tu. Mula2 ingat kertas resit, tapi rupanya sepucuk surat.


1 Julai 2007,

Buat suami yang baru ku punya,

Terima kasih kerana menawarkan cintamu,

Yang ku tunggu-tunggu sejak kita mula bertemu dulu,

Ara memang cinta padamu,

Dan Ara menangis bila abang melamarku

Buat suamiku yang baru ku punya,

Luaranku mungkin nampak sempurna,

Luaranku mungkin ramai yang terpesona,

Tapi diriku bukanlah sesempurna abang sangka,

Kerna suaraku bukan kepunyaan kita

Buat suamiku yang baru ku punya,

Andai abang ingin melihat Ara ketawa,

Ara hanya mampu tersenyum pada abang,

Andai abang mahu Ara berjenaka,

Mungkin Ara kan menangis dibahu abang,

Kerana Ara tak mampu berbica,

Seperti orang lain berbicara,

Kerana Ara tak mampu ketawa,

Seperti orang lain ketawa

Jika membaca surat ini akan meleburkan cinta abang,

Ara pasrah dan relakan abang menjauhi,

Jika membaca surat ini Ara tetap dihati abang,

Ara sujud sejuta syukur pada Ilahi..

Yang benar,

Isteri yang menyanjungmu.

*Ara selitkan surat ini dalam kotak jam abang, semoga abang mudah terlihat surat ini.

Berderai lagi airmata jantan aku. Linangan air mata yang tak henti2. Kenapa aku tak terbaca surat ni 4 tahun dulu? Kenapa aku tak tahu penderitaan Ara awal2 dulu? Kenapa baru sekarang? Tapi kenapa? Soalan terus bermain di benak fikiranku.

4 tahun usia perkahwinan kami, Ara beri aku segala-galanya. Dan paling penting dia bagi seorang anak yang comel dan bijak. Tapi apa yang pernah aku beri kat Ara? :(

Mulai saat tu aku jaga Ara sepenuh hati. Hari-hari memang keje ulang alik hospital. Masuk office pun kejap2. Anak aku, Hafiz bagi kakak Ara yang jaga. Masa tu aku dah serabai giler. Sangat tak terurus. Baru aku sedar pentingnya Ara dalam hidup aku.

Dalam keadaan Ara yang agak lemah, aku minta kebenaran doktor untuk bawa dia melancong. Aku nak temani dia puas2. Aku nak bahagiakan dia dalam sisa2 hayat dia. Biar dia terlupa akan derita dia. Saat itu dia menangis kat bahu aku. Sejak dia sakit kami hanya berbalas tulisan kat kertas. Dan kertas2 tu aku akan simpan sampai bila2 hingga hujung nafasku.

Dia tulis dia tak menyesal kahwin dengan aku. Dia tulis dia sangat bahagia hidup dengan aku. Siap cuba lukis gambar orang senyum lagi. Sayunya hati. Ya Allah hari2 itu kami sangat bahagia. Namun Ara dah semakin lemah. Aku dah dah mampu tengok dia derita. Setiap kali dia nak tarik nafas, sangatlah azab pada aku melihatnya.

"Ya Allah, jika Kau masih panjangkan hayat isteriku, Kau berilah aku separuh kesengsaraannya, biar kurang kesensaraannya Ya Allah.. Tapi jika hanya kematian yang dapat mematikan sengsara isteriku, aku redha Ya Allah.."

Aku tak tahu apa lagi boleh aku buat. Aku bacakan Yaasin ditelinganya berulang-ulang, biarkan anak kami dipangkuan memeluk-meluk ibunya.

Akhirnya Tuhan menjemputnya kembali. Aku pasrah. Kesedihanku terubat bila kulihat dia pergi dengan tenang. Sempat ku ajarkan Syahadah. Dan dahinya berpeluh jernih. Lalu ku kucup buat kali terakhir.

Kini, hmpir 5 tahun perkawinan kami, tinggal aku dengan Hafiz, dengan helaian2 tulisan terakhir Ara.......
 


***Moral of the story : Hargailah sesuatu sebelum kita kehilangannya. Ingat disebalik sesuatu ada sesuatu.

THE END 

Sumber dari Facebook

Kasih Sayang dan Pengorbanan seorang yang diberi gelaran Ayah

 
 
Demi seorang anak pakcik ni sanggup menghantar anaknya. Mereka tinggal di Gombak dan hantar anaknya di IPG Melaka. Nak dijadikan cerita pakcik ni tersalah jalan masuk Seremban dari Gombak dan terus ikut bukit putus melalui Kuala Pilah untuk ke Melaka melalui Tampin. Katanya lagi, mereka berdua beranak bertolak dari gombak pukul 3 pagi dan bersolat subuh di Nilai kemudian meneruskan perjalananan dan sarapan di Kuala Pilah.


Mendengar cerita pakcik ni, dalam hati aku berkata, "Balik dari melaka ni aku akan ikut jalan balik ke Seremban ikut jalan yang pacik ni lalui tadi." Bila sudah habis selesai di IPG (Institut Perguruan), balik je terus ikut jalan tersebut iaitu dari Melaka ke Seremban melalui Tampin dan Kuala Pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya yang tajam dan lori lagi. 


Cuba kita bayangkan pakcik ni dengan anaknya melalui jalan ni dengan beg dan bekalan mereka. Sebak dan sayu hati bila mendengar cerita pakcik ni. Di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada hari jumaat ini dengan berkata "Pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nanti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke Gombak." Sayu hati lihat wajah seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri. 


Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada keluarga pakcik ni. Pada semua, hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup. Kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yangg bernama anak.

Pena : Kee Perantau Simpang Tiga



Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. "Everyone wants happiness, no one wants pain. But you can't make a rainbow, without a little rain." Renung-renungkan dan selamat beramal.


**Al-Fatihah buat arwah ayahandaku sudah pergi genap 3 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Amin :)

Hari Terakhir Saya Melihat Perempuan Cantik Bertudung Labuh Itu





Mendapatkan cinta perempuan itu tidak pernah sukar untuk saya. Sedari sekolah menengah saya sudah punyai bakat untuk mencintai dan paling utama dicintai. Untuk cinta, saya meminjam kata-kata Ibnul Qayyim al-Jauziyah, "Cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab.". Pada ketika sebab itu wujud, wujudlah cinta, dan pada ketika sebab itu hilang, hilanglah cinta. Jadi, itulah falsafah saya dalam cinta, wujudkan sebab dan pada ketika sebab itu wujud, cinta perempuan itu akan kau dapat.
Bertambah mudah, untuk perempuan cinta itu wujud bersama wujudnya harapan, dan tugas saya adalah mewujudkan harapan.
Namun, oleh kerana kelebihan itu juga datang dengan satu kekurangan, iaitu saya tidak mampu setia dengan hanya satu cinta, maka banyak waktu juga, sebab itu hilang, dan saya pun hilang cinta. Banyak waktu hati saya tidak luka, adakalanya luka sedikit, tetapi sangat jarang ia parah.
Jadilah saya lelaki yang sering dikutuk kerana mempermainkan perasaan, walaupun hakikatnya saya cuma tidak mampu setia, dan untuk alasan itu saya tidak pernah berasa bersalah.
Pada hari itu juga sama, pada ketika cinta hilang bersama sebab, mujur hati saya cuma luka sedikit, dan tidak saya sangka itulah hari terakhir saya sebagai lelaki romeo.
Bas.
Sudah surut waktu zohor, tetapi saya masih di dalam bas yang berpusing-pusing di kawasan flet murah. Tetapi itu perkara biasa untuk saya. Solat itu, saya tahu wajib tetapi saya tahu juga Allah itu maha pengampun. Selebihnya, saya malas mahu fikir.
Saya melihat ke luar dan tidak ada apa-apa yang dapat saya perhatikan selain dinding flet yang kusam dan pokok-pokok yang tidak terjaga. Manusia hanya ada beberapa orang. Mungkin kerana terik matahari membuatkan mereka lebih suka berbaring di lantai rumah. Malah manusia di dalam bas pun hanya ada lima orang termasuk saya.
Manakala saya, masih tidak tahu ke mana harus dituju. Putus kasih memang sukar dan tidak pasti apa ubatnya, dan antara cara yang sering saya buat, adalah dengan menaiki bas, berjam-jam berlegar di laluan yang sama, namun dengan penumpang-penumpang yang berbeza. Berfikir berkenaan kasih yang tidak sampai dan mula memikirkan nasib hati yang luka.
Lalu pada ketika itulah, pada satu hentian naik seorang perempuan bertudung labuh dan duduk di hadapan sekali, di belakang pemandu bas. Saya hanya memerhati kerana sekilas tadi terlihat wajahnya begitu cantik.
Dengan hati yang luka, dengan kemahiran memikat gadis yang sentiasa siap dan tinggi, dan dua modal yang saya ada iaitu berani dan mulut manis, fikiran saya mula memikirkan sesuatu. Saya tersenyum sendiri lalu bangun dan mula duduk di kerusi bersebelahan perempuan yang bertudung itu.


***
 
Hampir lima minit menyediakan diri, saya mula berkata, "Mahu ke mana?"
Perempuan itu tidak menyahut, diam dan saya tahu itu adalah perkara biasa. Pertanyaan pertama memang sering gagal. Apatah lagi dengan pertanyaan yang terlalu kebudak-budakan seperti itu.
"Awak ustazah, ya? Saya mahu tanya satu soalan?" soal saya lagi, selepas meneliti beberapa soalan yang patut saya keluarkan dari kepala.
Perempuan itu tetap diam dan wajahnya sedaya upayanya dipalingkan dari saya. Saya tahu dia sedang terganggu, dan saya tahu itu perkara biasa.
"Mengapa ada rakan saya yang pemabuk bernikah dengan perempuan yang baik-baik? Sedangkan sudah riuh orang berkata, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik? Adakah sebenarnya perempuan yang nampak baik itu jahat, ataupun lelaki yang pemabuk itu yang sebenarnya baik?"
Saya tahu, soalan saya itu adalah soalan yang sangat memancing hati. Walaupun mungkin hari ini tidak dijawab, saya yakin soalan itu akan dibawanya pulang ke rumah, lalu difikirkan sebelum tidur. Dan saya sudah tahu, hari ini cumalah hari pengenalan. Sekiranya ada jodoh, esok dia akan ada di sini lagi, dan soalan itu akan saya tanyakan lagi, dan dia mungkin akan menjawab, dan sekiranya dia tidak menjawab esok, lusa, tulat dan mungkin juga bulan depan barulah dia menjawab.
Pada ketika dia menjawab, pada ketika dia membuka mulut, saya tahu, saya sudah berjaya. Saya tersenyum sendiri dan terus larut dalam rancangan yang tidak pernah gagal. Untuk hari ini, cukuplah dua soalan itu, cukuplah.
Pada ketika kemudian, perempuan bertudung labuh yang cantik itu menekan punat berhenti, tahulah saya dia adalah seorang pelajar universiti. Bas betul-betul berhenti di hadapan universiti yang satu itu.
Dan pada ketika itulah, pada ketika dia mahu turun sesuatu yang saya tidak jangka berlaku. Dia berpaling dan dengan wajah yang nampak tegas dia berkata, "Saya akan jawab soalan itu, sekiranya saudara jawab soalan saya ini."
"Apa?" Tidak saya menyangka, seawal ini dia membuka mulut, dan seawal itu rancangan saya berjaya.
"Allah itu Maha Pengasih, dan Allah juga Maha Berat Seksa-Nya. Namun, kasih sayang Allah sentiasa mendahului murka-Nya. Jadi, adakah saudara sekarang fikir Allah sedang murka kepada saudara tetapi kerana sifat kasih-Nya, Dia melambatkan seksa-Nya, ataupun saudara sebenarnya dalam rahmat dan kasih sayang Allah, kerana saudara ini sebenarnya seorang yang baik? Sekiranya saudara mengaku, saudara seorang yang baik, beri nombor telefon saudara. Surau kami memang memerlukan seorang penceramah agama seperti saudara. Namun sekiranya saudara tahu yang Allah sedang murka kepada saudara tetapi saudara sekarang masih dalam belas ihsan-Nya, anggaplah soalan saya ini sebagai belas ihsan-Nya yang terakhir sebelum datang murka-Nya. Jadi, saudara yang mana satu?"
Itulah hari terakhir saya melihat perempuan cantik bertudung labuh itu, dan saya tahu, saya sudah diberi soalan yang akan saya fikirkan untuk setiap jam, dan saya masih memikirkan soalan itu sampai sekarang. Soalan yang saya cuba jawab dengan solat-solat yang selama ini saya cuaikan, sambil mengenang kata-kata  Ibnul Qayyim al-Jauziyah, namun tetap sahaja saya tidak berani menjawabnya.