Mendengar cerita pakcik ni, dalam hati aku berkata, "Balik
dari melaka ni aku akan ikut jalan balik ke Seremban ikut jalan yang pacik
ni lalui tadi." Bila sudah habis selesai di IPG (Institut Perguruan), balik je terus ikut jalan tersebut iaitu dari Melaka ke Seremban melalui Tampin dan Kuala Pilah. Boleh tahan juga jalan tersebut dengan selekohnya
yang tajam dan lori lagi.
Cuba kita bayangkan pakcik ni dengan anaknya melalui jalan ni dengan beg dan bekalan mereka. Sebak dan sayu hati bila mendengar cerita pakcik ni. Di kesempatan ini aku sendiri mempelawa pakcik ni pada hari jumaat ini dengan berkata "Pakcik tak perlu la amik anak pakcik, nanti saya akan hantarkan anak pakcik sekali ke Gombak." Sayu hati lihat wajah seorang ayah yang sanggup bersusah payah untuk anaknya agar anaknya sentiasa berjaya depan matanya sendiri.
Semoga Allah memberi rezeki yang melimpah ruah pada keluarga pakcik ni. Pada semua, hargai la ayah, bapa, walid, dady, papa, baba kita selagi mereka masih hidup. Kasih mereka tidak pernah luntur untuk kita yangg bernama anak.
Pena : Kee Perantau Simpang Tiga
Jangan ingat kita lah orang yang paling hidup susah, ramai lagi yang lagi hidup susah berbanding kita. Ingat juga, jangan kita sombong, kedekut ketika kita senang, kita belum tahu bagaimana kita di hari kita susah nanti. "Everyone wants happiness, no one wants pain. But you can't make a rainbow, without a little rain." Renung-renungkan dan selamat beramal.
**Al-Fatihah buat arwah ayahandaku sudah pergi genap 3 tahun. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Amin :)
No comments:
Post a Comment